Peminat Senaraikan 4 Perubahan Yang Wajar Diterapkan Harimau Malaya
Blog
Azri/MakanBola
Advertisements

Menerusi satu tinjauan yang dibuat di Twitter, Telegram, Facebook dan Instagram MakanBola, rata-rata peminat bola sepak Malaysia memberikan pendapat yang sama berkaitan penambahbaikan yang boleh dilakukan terhadap kem Harimau Malaya.

Tinjauan ini dibuat selepas kemenangan 4-2 Malaysia ke atas pasukan di ranking lebih baik iaitu India baru-baru ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Isi kandungan di bawah adalah berdasarkan komentar pembaca MakanBola dan ianya bersifat perkongsian dari sudut penyokong bola sepak.

Advertisements

Perkukuh posisi pemain nombor 6

“Ketiadaan pemain posisi nombor 6 seperti Brendan, Syamer, Hong Wan atau Afiq Fazail. Mungkin juga disebabkan pendekatan Kim Pan-gon untuk membuat tekanan balas atau serangan pantas dari zon middle third.” – Cikgu Hafidz / Telegram

“..kita perlukan CDM atau CM yang boleh membuat counter pressing dan mengawal permainan ketika serangan pantas.. Masa kita bertahan pula, kita perlukan DF yg bole mencuri bola untuk membuat serangan pantas” – Saiful Nazim / Telegram

Advertisements

“Mengharapkan Syamer Kutty mampu kembali. Kita perlukan seseorang yang boleh lead ball retention tatkala lawan menekan. Mungkin tidak untuk keseluruhan perlawanan, tetapi untuk sebahagian fasa permainan.” – Syed Hafiz / Twitter

“Cuba mainkan Nooa Laine di posisi asal, dia agak shaky di bahagian CDM yang akan menjadi ancaman untuk bahagian pertahanan”

Advertisements

“Bahagian pertahanan harus dipersiapkan, man-marking harus dilakukan dengan betul sambil press untuk mendapatkan possesion bola.” – Harish / Twitter

“.. Corbin jadi LW, Daniel Ting main LB, cubalah.” – ZMN / Twitter

Advertisements

Perkukuh bahagian pertahanan

“Bahagian pertahanan perlu tampilkan permainan lebih compose dan tenang, cuba menang aerial duel dengan musuh, kurang pilihan tanpa kelibat Badak.” – Cikgu Hafidz / Telegram

“Kembalikan gandingan Khuzaimi, Sharul Saad dan Dion Cools, 3 orang ni solid kalau bertahan. Dominic dan Junior tak sesuai untuk taktikal Kim Pan-gon” – Borneo Seadayak / Instagram

Berhati-hati dengan pertukaran pemain

“Beri minit pada pemain yang dirasakan boleh beri impak pada tempo permainan (game changer), bukan pemain yang masuk jadi subs tapi tak tunjuk prestasi yang baik.” – Cikgu Hafidz / Telegram

Syihan Hazmi sebagai sweeper?

“Syihan kena berani keluar jadi sweeper keeper. Boleh belajar dengan Stegen atau Alisson tapi jangan belajar dengan Onana.” – Bontak / Telegram

Komentar di atas adalah yang dipilih berdasarkan 189 komentar yang berjaya dirakam di semua platform media sosial. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca MakanBola kerana sudi bersama-sama memajukan industri bola sepak Malaysia.

Malaysia bakal bertemu Tajikistan dalam perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2023 yang dijadualkan berlangsung pada jam 9:00 malam, 17 Oktober 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

    Weekly Contest & Free Gift

    Join us on Telegram today.

    Join Telegram