Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tampil menafikan tuduhan palsu yang tular di media sosial sejak kebelakangan ini.
Menerusi satu hantaran rasmi di media sosial, FAM menegaskan bahawa sebuah grafik yang memaparkan wajah Pemangku Presiden, Datuk Wira Yusoff Mahadi sebagai muka hadapan adalah tidak benar.
Grafik berkenaan memaparkan dakwaan kononnya FAM memohon maaf kepada umum serta mengumumkan pemberian khas kepada penyokong, namun badan induk bola sepak negara itu mengesahkan perkara tersebut tidak pernah dikeluarkan secara rasmi.
FAM dengan tegas menafikan kesahihan grafik berkenaan dan mengesahkan ia merupakan berita palsu yang mengelirukan orang ramai.
“Palsu!” jelas FAM secara ringkas menerusi hantaran berkenaan.
Sehubungan itu, orang ramai disaran agar merujuk saluran rasmi FAM bagi mendapatkan maklumat sahih serta tidak menyebarkan kandungan yang tidak disahkan.