Advertisements
FAM Panggil Intan Serah
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dijangka akan memanggil pemain bola sepak wanita kebangsaan, Intan Sarah Anisah atau lebih dikenali dengan panggilan Intan Serah dalam masa terdekat.

Intan dikatakan telah mengkritik keputusan pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon yang membawa masuk Romel Morales ketika aksi terakhir Kumpulan E menentang Korea Selatan tempoh hari.

Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Rahman berkata, tindakan Intan Sarah itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan Intan juga merupakan salah seorang anggota skuad kebangsaan.

“Kita akan menilai kenyataan dan kita akan panggil dia (Intan Sarah). Sebagai pemain kebangsaan, dia tidak sepatutnya keluarkan kenyataan begitu, kita akan nilai kenyataan yang dia maksudkan.

“Pada masa sama, sentiasa ingatkan (jangan keluarkan kenyataan negatif) kepada pemain semasa mereka berada dalam kem kebangsaan, ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya kepada Arena Metro ketika ditemui di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam tadi.

Ketika ditanya apakah tindakan yang boleh dikenakan terhadap Intan, Noor Azman berkata, pihaknya perlu melihat dengan lebih mendalam terlebih dahulu terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Intan Sarah itu.

Intan Serah difahamkan mahu pemain sayap, Safawi Rasid untuk dimasukkan sebagai pemain gantian dan mempertikaikan tindakan Pan Gon yang membawa masuk Romel Morales pada penghujung babak permainan.

“Another stupid sub from KPG (Kim Pan Gon), masukkan lah Pawi (Safawi),” tulis Intan Sarah di laman sosial miliknya.

Namun begitu, dalam hantaran terkini di laman X, Intan Serah telah pun memohon maaf kepada Kim Pan-gon dan mengakui kesalahan yang telah dilakukan.

“Bahang emosi yang mengawal saya, justeru tweet semasa perlawanan. Maaf atas apa yang saya katakan. Tapi saya akui salah saya, dan saya hormat semua pihak terutamanya pemain dan jurulatih, Kim Pan-gon. Selamat maju jaya untuk perlawanan seterusnya,” coret Intan di laman X.