FAM Pertahan Status Kewarganegaraan 7 Pemain
MakanBola
FA Malaysia

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tetap mempertahankan status kewarganegaraan tujuh pemain warisan Malaysia.

Hal ini dinyatakan badan induk itu selepas Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) membuat keputusan berhubung rayuan FAM dan tujuh pemain negara.

FAM merasa kecewa dengan keputusan CAS terutama berhubung status mereka. Ini kerana mereka tidak terlibat dengan mana-mana proses pentadbiran.

Malah, mereka juga berstatus warganegara Malaysia di mana mereka menerimanya mengikut saluran undang-undang negara ini.

“Keputusan ini amat mengecewakan, khususnya bagi para pemain. Mereka tidak terlibat dalam proses pentadbiran dan tidak mempunyai pengetahuan mengenai perkara-perkara berkaitan pentadbiran.

“Para pemain tersebut adalah warganegara Malaysia yang telah dianugerahkan kewarganegaraan mengikut peruntukan undang-undang di Malaysia,” kata badan induk itu dalam satu kenyataan.

CAS memilih mengekalkan hukuman penggantungan 12 bulan ke atas tujuh pemain Harimau Malaya. Meskipun begitu, mereka dibenarkan menjalani aktiviti bola sepak termasuk berlatih.

Penggantungan 12 bulan itu menyaksikan mereka hanya tidak dibenarkan menyertai perlawanan secara rasmi.

Claim Money Packet TnG