FAM Sedia Calonkan Gol Safawi & Forestieri Untuk Anugerah Puskas
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Baru-baru ini, peminat bola sepak negara terpukau dengan dua jaringan cantik yang dihasilkan Fernando Forestieri dan Safawi Rasid. Justeru, tidak hairanlah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersedia mencalonkan dua gol berkenaan untuk Anugerah Puskas.

Secara ringkas, Anugerah Puskas FIFA ialah anugerah yang mengiktiraf gol paling cantik yang dijaringkan pemain bola sepak. Antara pemenang anugerah ini ialah bekas pemain Penang FC, Faiz Subri menerusi gol jarak jauhnya yang dijaringkan pada 2016.

Safawi mencuri tumpuan penyokong Harimau Malaya dengan melakukan kawalan bola menakjubkan sebelum melepaskan rembatan kaki kiri menewaskan penjaga gol Kepulauan Solomon, Philip Mango.

Advertisements

Justeru, Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahmat memaklumkan badan induk bola sepak itu bakal menilai gol tersebut menerusi satu mesyuarat yang diadakan pada minggu hadapan.

“Mengenai gol Safawi, minggu depan saya akan balik ke Kuala Lumpur dan kita (Jawatankuasa Teknikal) akan menilai gol itu untuk dipertimbangkan ke Puskas,” katanya bila dihubungi Arena Metro.

Selain gol bekas pemain sayap Terengganu FC itu, sepakan gunting Forestieri dalam perlawanan Liga Super membabitkan Johor Darul Ta’zim (JDT) FC-Terengganu FC juga memukau ramai penyokong.

Advertisements

Hal ini turut diakui Noor Azman dengan gol berkenaan juga akan dipertimbang untuk dicalonkan ke Anugerah Puskas. “Iya, gol Forestieri juga kita akan bincangkan nanti bersama gol Safawi,” tambahnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram