FAM Seru Sokongan Kuat ‘Ekor’ Harimau Malaya
MakanBola
Ultras Malaya

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk terus memberikan sokongan padu kepada skuad Harimau Malaya menjelang saingan Piala Hyundai ASEAN 2026 yang akan berlangsung dari 24 Julai hingga 26 Ogos ini.

Menurut FAM, sokongan daripada penyokong memainkan peranan penting dalam membantu skuad kebangsaan mengharungi cabaran sepanjang kejohanan tersebut.

Piala Hyundai ASEAN 2026 turut disifatkan sebagai pentas penting buat Harimau Malaya untuk menguji kekuatan pasukan selain memperkukuhkan keserasian dalam kalangan pemain.

Dalam masa sama, kejohanan itu juga menjadi sebahagian daripada persiapan skuad negara bagi menghadapi cabaran antarabangsa yang lebih besar selepas ini.

Selain itu, kejohanan berkenaan menjadi medan terbaik buat ketua jurulatih interim, Tan Cheng Hoe untuk terus memperkasa Harimau Malaya sebelum menghadapi Piala ASEAN FIFA 2026.

FAM percaya kekuatan sebenar Harimau Malaya bukan hanya bergantung kepada kemampuan pemain dan barisan kejurulatihan semata-mata.

Sebaliknya, badan induk bola sepak negara itu menegaskan semangat yang dibawa penyokong di setiap perlawanan mampu menjadi pemangkin kepada prestasi pasukan di atas padang.

Justeru, FAM berharap seluruh penyokong terus berdiri teguh di belakang Harimau Malaya dan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi sepanjang kempen Piala Hyundai ASEAN 2026.

Sokongan padu daripada penyokong diharap dapat membakar semangat para pemain untuk beraksi dengan penuh komitmen, disiplin dan semangat juang demi mengharumkan nama Malaysia di pentas Asia Tenggara.