Advertising
FAM Terus Buru Pemain ‘Gred A’ Di Eropah
MakanBola
FA Malaysia

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berikrar akan terus memburu pemain warisan berkualiti dari Eropah untuk memperkuatkan Harimau Malaya.

Hasrat itu dizahirkan Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi bila diminta mengulas tentang isu Mats Deijl.

Ad

Nama kapten Go Ahead Eagles itu menjadi sebutan apabila FAM memaklumkan Deijl tidak melepasi syarat kelayakan untuk menyertai Harimau Malaya.

Ad

Ini disebabkan bek kanan berusia 27 tahun itu hanya mempunyai darah keturunan Malaysia melalui moyang beliau dan bukannya melalui datuk atau nenek seperti yang ditetapkan dalam syarat Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Yusoff menyifatkan apa yang berlaku tidak akan menggugat usaha FAM untuk merekrut pemain warisan berkualiti buat skuad kebangsaan.

Ad

“Saya berharap adanya beberapa pemain warisan yang berpengkalan di luar negara ini tidak membantutkan usaha kita untuk meneruskan atau mendapatkan pemain terbaik bagi meneruskan agenda kita untuk memperkuatkan pasukan nasional.

Ad

“Walaupun kita nampak usaha untuk mendapatkan (Mats Deijl) itu gagal, kita juga harus ucapkan terima kasih kepada beliau kerana hasrat murni (bermain untuk) Malaysia,” katanya seperti yang dilaporkan wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

Ad

Yusoff berkata demikian selepas majlis pengumuman jalinan kerjasama antara FAM dan Warner Music Malaysia (WMM) yang diadakan di PJ PAC, Bandar Utama, Petaling Jaya pada 2 Oktober lalu.

Skuad negara kini fokus untuk menghadapi aksi persahabatan antarabangsa dengan New Zealand. Perlawanan ini bakal berlangsung di Auckland pada 14 Oktober ini.