“FAM Tidak Panik” – Rosmadi Ismail
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dilihat tidak panik mengenai isu ‘surat layang’ yang tular baru-baru ini.

Menerusi satu kenyataan oleh Naib Presiden FAM, Dato’ Seri Rosmadi Ismail, beliau yakin setiap perkara yang berlaku dalam tampuk kepimpinan organisasi itu mengikut saluran yang betul.

Baru-baru ini, tular sebuah hantaran e-mel ketika Kongres Tahunan buat kali Ke-60 FAM bakal berlangsung dalam masa terdekat.

Advertisements

E-mail itu mengandungi empat perkara utama yang disebut termasuklah penyalahgunaan kuasa oleh Setiausaha Agung FAM, isu gaji yang melibatkan pekerja FAM, isu pasukan kebangsaan dan projek pusat latihan.

Namun begitu, Rosmadi menjelaskan kepada Astro Arena bahawa beliau yakin tiada sebarang rahsia antara setiap pemimpin dalam barisan tertinggi FAM yang sentiasa berbincang dan berkomunikasi dengan baik.

“Kami sentiasa duduk berbincang secara konsensus, setiap keputusan yang dibuat akan dibentangkan terlebih dahulu. Kita akan berbincang sesama exco dan meneliti segala dokumen yang terlibat.”

Advertisements

“Kita akan berbincang sama ada setuju atau tidak. Tuduhan bukan sahaja boleh disiasat oleh SPRM tetapi boleh juga ditubuhkan jawatankuasa dalaman atau daripada FAM sendiri”

Beliau juga yakin usaha ini perlu dilakukan bagi menjelaskan situasi sebenar dan mengelak sebarang salah faham daripada terus wujud.

“Ini merupakan satu cadangan yang boleh menyelesaikan kekeruhan yang terjadi.”

Advertisements

“Tiada situasi panik kerana kita yakin dan percaya, setiap keputusan yang dibuat telah mengikut SOP yang telah lama diguna pakai,” jelasnya kepada Astro Arena.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram