FAM Umum Venue Rasmi Kelayakan Piala Dunia
Harimau Malaya
Azri/Makanbola
Advertisements

Skuad bola sepak kebangsaan kendalian Kim Pan-gon akan menyambung aksi antarabangsa. Kali ini Malaysia dijadualkan menentang Republik Kyrgyz dalam Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumukan venue bagi aksi bekenaan. Stadium Nasional Bukit Jalil telah dipilih sebagai venue rasmi bagi perlawanan yang bakal dilangsungkan pada 16 November depan.

Pemilihan tersebut telah dibuat selepas sesi pemeriksaan dan penilaian keadaan terkini padang di stadium berkenaan pada Khamis lalu (2 November 2023). Perkara tersebut telah dikongsikan FAM dalam satu siaran media di laman Facebook rasmi persatuan.

Advertisements

“Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini secara rasmi mengesahkan bahawa perlawanan pertama Kumpulan D, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, Malaysia lwn Republik Kyrgyz pada Khamis, 16 November 2023 akan kekal dilangsungkan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, jam 9.00 malam.

“Ketetapan itu dibuat selepas sesi pemeriksaan dan penilaian keadaan terkini padang di stadium berkenaan pada Khamis lalu (2 November 2023) yang turut disertai oleh Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin; Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh; Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Dato’ Hans Isaac serta ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon,” jelas Datuk Noor Azman Hj Rahman yang merupakan Setiausaha Agung FAM.

Antara faktor yang mendorong kepada pemilihan SNBJ sebagai venue rasmi adalah kerana ianya bakal memudahkan lebih ramai penyokong dapat hadir memberikan sokongan padu kepada Harimau Malaya.

Advertisements

“Selain itu, keputusan untuk kekal bermain di Stadium Nasional ini juga mengambil kira faktor-faktor sampingan lain terutama bagi memudahkan lebih ramai penyokong Harimau Malaya hadir memberikan sokongan.

“Malah, Pan Gon dalam kenyataan yang dikeluarkan beliau semalam turut mahukan aksi menentang Republik Kyrgyz ini kekal berlangsung di Stadium Nasional,” jelas Noor Azman lagi.

Malaysia dijadualkan beraksi dalam dua perlawanan Kelayakan Piala Dunia pada pertengahan November ini. Selepas bertemu Republik Kyrgyz pada 16 November, skuad kebangsaan akan berlepas ke Taiwan bagi aksi menentang skuad kebangsaan Taiwan yang dijadualkan pada 21 November.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram