Fandi Ahmad Anggap Bojan Hodak Sebagai Kunci Kejayaan
Liga Super
Sri Pahang FC
Advertisements

Bekas penyerang Kuala Lumpur, Fandi Ahmad mempunyai keyakinan tinggi KL City ada segala ramuan yang diperlukan untuk mencipta sejarah menjuarai Piala AFC 2022.

Skuad warga kota akan turun menentang kelab dari Oman, Al Seeb dalam aksi final pada Sabtu, dan walaupun bermain di gelanggang sendiri di Stadium Nasional Bukit Jalil, ramai beranggapan KL City adalah pasukan underdog.

Bagi Fandi, beliau menaruh kepercayaan penuh kepada Bojan Hodak sambil menyifatkan bahawa jurulatih dari Croatia itu akan menjadi kunci kejayaan buat KL City.

Advertisements

“Ada yang kata Al Seeb pasukan pilihan untuk menjuarai Piala AFC, namun kekuatan sebenar sesebuah pasukan bukan pada barisan pemain semata-mata, sebaliknya kepada taktikal diterapkan jurulatih.

“Jadi kunci kejayaan terletak kepada keupayaan Bojan Hodak menyusun strategi ampuh untuk memerangkap Al Seeb. Beliau telah melakukannya sebelum ini untuk memimpin KL City menumbangkan banyak skuad gergasi menuju ke pentas final.

“Oleh itu, saya optimis KL City mampu meraih kemenangan dalam aksi final ini,” kata Fandi Ahmad dipetik daripada Arena Metro.

Advertisements

Di dalam laluan ke final, KL City menyingkirkan Vittel FC (Vietnam, penalti); PSM Makassar (Indonesia, 5-2); ATK Mohun Bagan (India, 3-1) dan Sogdiana Jizzakh (Uzbekistan, penalti).

Sebelum itu di peringkat kumpulan, mereka menewaskan Tampines Rovers 2-1 dan seri tanpa jaringan menentang PSM Makassar sekaligus kekal sebagai satu-satunya pasukan belum tewas dalam pertandingan ini setakat ini.

Sekiranya berjaya untuk menewaskan Al Seeb, KL City akan menjadi pasukan dari Malaysia yang kedua untuk menjuarai Piala AFC selepas JDT melakukannya pada 2015.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram