Advertisement
Fandi Ahmad Hampa Lihat Aksi Sri Pahang
Piala Malaysia
MakanBola
Sri Pahang FC

Walaupun berjaya mencatatkan kemenangan, pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad akui berasa sedikit hampa apabila melihat para pemainnya melakukan kesilapan-kesilapan mudah dalam aksi Piala Malaysia menentang Harini FT semalam.

Pada hemat Fandi, kesilapan-kesilapan itu tak seharusnya berlaku namun memuji usaha keras para pemainnya yang bermain bermati-matian bagi memastikan kemenangan menjadi milik Sri Pahang.

“Agak rasa hampa sedikit dengan permainan kita apabila dah leading 2-0. Kesilapan-kesilapan yang tak seharusnya kita buat. Mereka (Harini FT) punya team spirit sudah down selepas 2-0 tu. Jadi bila kita buat kesilapan sebegitu, jadi mereka lebih bersemangat, bekerja keras dan mereka dapat satu lagi gol yang membahayakan kita.

“Sebab tu kita kena buat pertukaran. Kita memang nak tukar (bawa masuk) first team tapi terlalu lewat tadi kerana kita ingat 2-0 dah okay dan kita boleh main. Tapi tahniah buat mereka yang bermain mati-matian hingga tamat perlawanan,” luah Fandi Ahmad seperti dilaporkan Astro Arena.

Pada aksi semalam, Sri Pahang telah pun mendahului 2-0 selepas David Rowley dan Syazwan Andik berjaya mencatatkan nama sebagai penjaring. Namun kelekaan Sri Pahang membuatkan Harini berjaya menyamakan kedudukan melalui jaringan Fikri Shah dan Norshahrul Idlan Talaha.

Ketika perlawanan hampir pasti berakhir dengan kedudukan 2-2, Baqiuddin menjadi wira Sri Pahang apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan buat Sri Pahang pada minit ke-90 perlawanan.

Kedua-dua pasukan akan bertembung sekali lagi dalam aksi timbal balik pusingan 16 terakhir Piala Malaysia pada 20 Ogos ini di Stadium Darul Makmur.