Ketua jurulatih Sri Pahang FC, Fandi Ahmad memberi jawapan yang ditunggu-tunggu mengenai misteri kehilangan pemain pasukan Sri Pahang yang juga merupakan bintang Harimau Malaya di Piala AFF.
Pemain yang dimaksudkan oleh Fandi adalah pertahanan kanan Malaysia, Shamie Iszuan yang membuat kemunculan bersama skusd kebangsaan di Piala AFF tahun lalu.
Bekas bintang Sarawak United ini telah pun melengkapkan perpindahan ke Sri Pahang awal musim ini namun kelibatnya masih tidak kelihatan.
Namun begitu, beliau difahamkan masih belum membuat kemunculan bersama pasukan Tok Gajah pada musim ini.
Fandi bagaimanapun tampil untuk menjelaskan situasi sebenar yang terjadi kepada pemain itu.
“Kecederaan beliau agak berat di bahagian lutut. Insiden itu terjadi pada aksi pra musim menyebabkan Shamie diketepikan.”
“Sekarang ini beliau sudah mula menjalani latihan tetapi masih belum cergas sepenuhnya,” jelasnya kepada Astro Arena.
Pengendali kelahiran Singapura ini bagaimanapun menjelaskan bahawa pemain berusia 27 tahun ini sudah pun kembali berlatih.
Fandi memberi bayangan bahawa pemain ini bakal membuat kemunculan bersama pasukan selepas menyambut raya Aidilfitri.
Sokongan padu penyokong diharap mampu memberi sinar kepada Sri Pahang dalam misi melebarkan rekod tanpa kalah musim ini.