Fandi Ahmad Lega Walau Perlu Kerja Keras Tewaskan PDRM
Liga Super
Sri Pahang FC
Advertisements

Selepas tamat perlawanan menentang PDRM, kelegaan terpancar di wajah jurulatih Sri Pahang, Fandi Ahmad. Ini kerana anak-anak buahnya terpaksa bekerja keras sebelum mencipta kemenangan ke atas The Cops di Stadium MBPJ malam tadi.

Mengakui PDRM merupakan satu pasukan yang merbahaya, beliau melihat anak-anak buahnya berdepan kesukaran mengekang mereka. Sri Pahang bagaimanapun bertuah kerana mendahului pada babak pertama menerusi Muhammad Baqiuddin Shamsudin (minit ke-11) dan Kpah Sherman (minit ke-22).

Sang Saka Biru kemudiannya merapatkan jurang menerusi bek tengah import, James Okwuosa pada minit ke-77. Atas sebab itu, Fandi merasakan dengan mengambil kira faktor keletihan dan kecederaan pasukannya, kemenangan ke atas tuan rumah merupakan kemenangan yang berharga buat skuad Tok Gajah.

Advertisements

“Kita nampak keletihan disebabkan banyak perlawanan dan ‘travelling’ (ke tempat lawan). Saya juga nampak banyak yang ada kecederaan tadi, jadi saya terpaksa tukar macam Fadhli (Shas) dan juga Lucas (Silva) yang baru main dua perlawanan.

“Dengan beberapa minit terakhir tadi, kita terpaksa tukar beberapa pemain sebab pemain kita memang kepenatan tadi. Tapi tahniah kepada PDRM, mereka bermain dengan sangat bagus. Mereka ada kelebihan (dari segi) ketinggian. Tetapi alhamdulillah, kita dapat cetak gol awal. Tetapi mereka memang satu pasukan yang merbahaya,” katanya kepada Astro Arena selepas perlawanan semalam.

Advertisements

Fandi turut merasa lega menerima kehadiran semula Lucas Silva di bahagian serangan Tok Gajah. Biarpun belum menemui sentuhan penyudah dalam dua perlawanan selepas pulih daripada kecederaan, beliau percaya penyerang Argentina itu mampu melakukannya.

“Saya rasa gembira untuk dia, bangga dia berusaha walaupun baru baik daripada kecederaan. Walaupun kadang-kadang dia mendapat peluang, dia diapit oleh dua orang. Agak susah tetapi masa dia akan datang sebab dia berusaha dan kombinasinya dengan Kpah (Sherman) juga bagus tadi.

Advertisements

“Cuma dia perlukan dua, tiga perlawanan lagi. Mudah-mudahan dia dapat menjaringkan gol,” tambahnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram