Fandi Ahmad: Nak Bagi Main, Apa-Apa Saya Kena Jawab
Liga Super
Makanbola
Advertisements

Menamatkan saingan di kedudukan ke-5 Liga Super, jurulatih Sri Pahang FC, Fandi Ahmad akui berpuas hati dengan pencapaian tersebut disebalik beberapa dugaan yang perlu ditempuhi.

Aksi terakhir Sri Pahang saingan Liga Super semalam menyaksikan mereka berjaya mengikat tuan rumah, Kuala Lumpur City FC (KL City) tanpa jaringan. Fandi akui pemainnya banyak mensia-siakan peluang di babak pertama.

“Saya tengok dalam perlawanan tadi, pemain (Sri Pahang) banyak mensiakan peluang pada babak pertama. Untungnya kami hari ini (semalam), bahagian belakang agak compact.

Advertisements

“Saya rasa puas hati dengan kedudukan kita inginkan, nombor lima musim ini. Ada penambah baikan daripada tahun lalu di tangga ketujuh. Mudah-mudahan tahun depan akan lebih baik,” jelas Fandi Ahmad ketika sidang media selepas perlawanan menentang KL City semalam.

Ketika ditanyakan mengenai kekurangan pemain muda Sri Pahang mendapat pendedahan di Liga Super, Fandi mempunyai sebab yang kukuh.

Advertisements

Bagi beliau, beliau tidak mahu membebankan pemain-pemain muda ini namun jika mereka sudah benar-benar bersedia, peluang beraksi itu pasti akan hadir.

“Saya dah lihat mereka (pemain muda Sri Pahang) bermain. Tapi tergantung apabila pasukan di atas, semua orang nak result (kemenangan).

Advertisements

“Kita nak letakkan pemain-pemain muda (memang) boleh tapi apakah mereka sudah bersedia untuk bersaing dengan pemain-pemain lain?

“Mereka bukan tak bagus. Pembangunan memang penting sekali. Tapi tengok keadaan. Kita tahu ada 2-3 pemain yang baik, kita bagi main perlawanan pershabatan. Kalau perlawanan sebenar, parah juga nanti. Siapa salah nanti?,” tegas Fandi lagi.

Advertisements

Antara pemain muda yang kerap diberikan peluang oleh Fandi Ahmad bersama Sri Pahang dalam saingan Liga Super musim ini adalah Saiful Jamaluddin. Saiful juga telah dipanggil untuk ke kem latihan skuad kebangsaan Bawah 23 tahun kendalian Juan Torres Garrido.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram