Fandi Ahmad Percaya Sri Pahang FC Tertidur
Liga Super
Sri Pahang FC
Advertisements

Kemenangan 5-0 Sri Pahang FC ke atas Kelantan FC semalam nyata memberikan kelegaan buat pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad. Ini kerana, beliau merasakan anak-anak buahnya seperti tertidur di separuh masa pertama.

Fandi berkata, pemain Sri Pahang turun ke Stadium Sultan Muhamad IV untuk mahu mencari gol awal. Namun selepas mendapat gol seawal minit ke-5 perlawanan, pemain Sri Pahang dilihat tidak dapat menonjolkan permainan yang baik.

“Strategi kita hari ini (semalam) adalah untuk mendapatkan gol awal. Jadi kita dapat (gol awal) tapi selepas itu kita tidur pula,” luah Fandi kepada Astro Arena.

Advertisements

Disebabkan situasi ‘tidur’ tersebut, Fandi terpaksa membuat pertukaran drastik dengan menukar tiga pemain pada waktu rehat separuh masa pertama. Pertukaran tersebut nyata memberikan perubahan apabila mereka lebih menguasai di bahagian tengah dan berjaya meledak empat lagi gol pada separuh masa kedua.

Dalam perlawanan semalam, Kpah Sherman dan Fadhli Shas masing-masing meledak dua gol manakala satu gol lagi telah dijaringkan oleh kapten pasukan mereka, Sergio Aguero. Aguero juga cemerlang dalam aksi itu dengan dua bantuan gol.

Advertisements

Sri Pahang kini menghuni tangga ketiga Liga Super dengan mengumpul 31 mata daripada 15 perlawanan yang telah diharungi. Mereka bakal meneruskan aksi Liga Super dengan menentang pasukan di tangga kedua liga, Selangor FC pada 9 Julai.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram