Fandi Harap Lucas Silva Kembali Perkuat Sri Pahang
Liga Super
Sri Pahang FC
Advertisements

Ketika ini Kpah Sherman menjadi sandaran utama Sri Pahang dalam memburu gol. Tetapi bagi jurulatih mereka, Fandi Ahmad, beban yang ditanggungnya sebagai penjaring gol dapat dikurangkan dengan kehadiran semula Lucas Silva.

Bekas penyerang Penang itu sedang menjalani proses pemulihan selepas mengalami kecederaan semasa pra-musim. Bagaimanapun, Fandi mahu Silva kembali cergas sepenuhnya sebelum dapat diturunkan dalam perlawanan Liga Super yang akan bersambung pada 31 Mac ini.

“Setakat ini saya tidak pasti Silva akan bermain sebaik liga bersambung kerana dia masih dalam pemulihan. Jika diikutkan, Silva mahu bermain tetapi kita mahu kecederaan pulih sepenuhnya sebelum beraksi,” kata legenda bola sepak Singapura itu.

Advertisements

Difahamkan, bekas penyerang Kitchee itu masih memerlukan tempoh sekurang-kurangnya sebulan lagi untuk pulih daripada kecederaan. Sekiranya sudah pulih, kehadiran Silva mampu menambah taji serangan Tok Gajah.

Ini kerana walaupun mereka mengekalkan rekod tanpa kalah setakat ini, Sri Pahang seri tiga kali termasuk 1-1 menentang Sabah. Justeru, ramai penyokong berharap penyerang berusia 33 tahun itu kembali cergas dan membantu skuad Tok Gajah meraih lebih banyak kemenangan selepas ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram