FAS Women’s Super League: Selangor Hadapi Tentangan Juara Bertahan
UltraSukan
Faris/MakanBola
Advertisements

Selangor FC Women bakal menghadapi laluan berliku menjelang saingan FAS Women’s Super League 2024.

Majlis undian yang dijalankan di Wyndham Acmar, Klang menyaksikan The Red Giants berada di kumpulan A bersama-sama juara bertahan, MBSJ FC.

Selain Selangor dan MBSJ FC, kumpulan A juga terdiri daripada FC Japan MY, MBPJ FC, UiTM United, Sternen, MBSJ FC dan Shah Alam FC SWAT.

Advertisements

Dalam saingan kumpulan B, SSS Leopard bakal menghadapi saingan Perkemas FC, Spicegals FC, PNSB FC dan SA United.

Manakala kehadiran pasukan Real CJ FC dan UPNM FC akan melengkapkan senarai 7 pasukan yang bertanding di kumpulan B tersebut.

FAS Women’s Super League musim ini menampilkan format baharu dengan penganjuran FA Cup WSL dan Confederation Cup sekaligus menambahkan jumlah perlawanan sebanyak 95 perlawanan semusim.

Advertisements

Selain itu, kejohanan ini bakal diserikan lagi dengan penambahan pasukan kepada 14 pasukan, bertambah 4 pasukan berbanding musim 2021/2022.

FAS Women’s Super League yang dirasmikan oleh YB Tuan Mohd Najwan Halimi, Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor ini bakal membuka tirai pada 3 Februari 2024 di Stadium Majlis Bandaraya Subang Jaya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram