Advertisements
Fazrul Amir Pecah Rekod 6 Tahun Pemain Kelantan
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Fazrul Amir Md. Zaman mencipta rekod tersendiri apabila menyertai kem Harimau Malaya yang bermula pada 10 November lalu.

Advertisement

Ini kerana beliau menjadi pemain pertama dari pasukan yang berpangkalan di Kelantan yang menyertai skuad kebangsaan sejak 2018. Kali terakhir perkara ini berlaku menerusi Shafiq Shaharudin.

Shafiq yang mewakili Kelantan FA (kini Kelantan FC) ketika itu bersaing dengan Zaquan Adha Abdul Radzak, Syafiq Ahmad, Ahmad Hazwan Bakri dan Shahrel Fikri Md. Fauzi untuk slot penyerang Harimau Malaya.

Advertisement

Shafiq yang juga anak kepada legenda bola sepak negara, Allahyarham Shaharuddin Abdullah merekodkan satu-satunya penampilan bersama Harimau Malaya pada 5 Julai 2018. Penampilan itu direkodkan dalam aksi menentang Fiji.

Shafiq masuk pada minit ke-26 menggantikan Syafiq yang terpaksa dikeluarkan oleh jurulatih, Tan Cheng Hoe akibat kecederaan. Perlawanan itu berakhir dengan kemenangan 1-0 buat skuad negara.

Advertisement

Fazrul mengikut jejak ramai pemain Kelantan yang pernah beraksi untuk Harimau Malaya. Antaranya Khairul Fahmi Che Mat, Norshahrul Idlan Talaha, Badhri Radzi, S. Chanturu, Wan Zack Haikal dan Ahmad Fakri Saarani.

Advertisement

Pemain sayap berusia 24 tahun itu dipanggil menyertai kem Harimau Malaya sebagai pengganti Mukhairi Ajmal Mahadi. Ini selepas pemain tengah Selangor FC itu terpaksa menarik diri akibat masalah kecederaan.

Selain Mukhairi, pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa juga terpaksa menarik diri akibat masalah sama. Situasi ini mendorong Pau Marti Vicente memanggil pemain tengah KL City FC, Zhafri Yahya sebagai pengganti.

Advertisement

Skuad negara menjalani latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya pada 10 dan 11 November sebelum bertolak ke Bangkok, Thailand sehari selepas itu. Ini bagi membolehkan Harimau Malaya bersiap sedia menentang Laos pada 14 November.

Setelah itu, skuad negara akan bertolak ke Hyderabad, India pula untuk aksi persahabatan antarabangsa menentang India pada 18 November.