Advertising
Felipe Leite: Selangor Pasukan Kuat Tapi Percaturan Kami Menjadi
UltraSukan
Sabah Futsal

Penyerang import skuad futsal Sabah, Felipe Leite melihat perancangan pasukan itu berjaya menjerat Selangor FC dalam aksi pertama Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL).

Sabah meraih kemenangan 3-2 hari ini menerusi dua gol Leite pada minit keempat dan ke-23 serta Ahmad Azim Mohammad (minit ke-35).

Merah Kuning membalas menerusi Syed Aizad Daniel Syed Nasir (minit ke-21) dan Muhammad Faris Mohd Johan (minit ke-34).

Ad

Mengakui Selangor satu pasukan yang kuat, fakta itu langsung tidak menakutkan barisan anak buah Patt Sriwijit.

Ad

Sebaliknya, mereka mengikut percaturan yang dibuat jurulatih Thailand itu bagi memastikan mereka meraih tiga mata pertama untuk musim 2024.

“Saya tahu perlawanan hari ini sangat bagus. Sebenarnya, saya tahu Selangor satu pasukan yang bagus dan kuat. Musim lepas mereka menduduki tangga ketiga liga.

Ad
Ad

“Saya fikir jika mereka bagus, kita perlukan perancangan yang bagus (untuk menewaskan mereka),” katanya kepada UltraSukan selepas tamat perlawanan hari ini.

Ad

Kemenangan hari ini memastikan Sabah menduduki tangga ketiga liga dengan tiga mata tetapi dipisahkan dari segi kelebihan jaringan dengan pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC).