Fergus Tierney Berterima Kasih Kepada E. Elavarasan
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Penyerang muda negara, Fergus Tierney berterima kasih kepada E. Elavarasan kerana telah membuka pintu untuk dirinya menyarung jersi pasukan kebangsaan Malaysia bawah 23 tahun.

Fergus Tierney melakukan debut untuk pasukan junior Malaysia sewaktu berdepan Kemboja yang menyaksikan beliau menjaringkan dua gol dalam debut pertamanya.

Beliau menghargai kepercayaan yang telah diberikan oleh E. Elavarasan kepadanya untuk mengisi peranan penyerang dalam skuad kebangsaan Malaysia.

Advertisements

“Saya gementar sewaktu pertama kali berlatih bawah kendalian E. Elavarasan tetapi saya dah kenal beberapa pemain lain jadi sedikit selesa.”

Coach Ela boleh dikatakan old school tetapi dia ada gaya permainan tersendiri. Sebagai seorang lelaki dia seorang yang baik. Saya selalu akan rasa berterima kasih padanya kerana memanggil saya buat kali pertama.”

Advertisements

“Saya sangat seronok bermain dibawah coach Ela dan turut seronok dibawah coach Juan. Saya tak sabar bersama pasukan kebangsaan kelak dan sudah tentu juga bersama JDT. Saya harap kita boleh buktikan keupayaan pasukan kepada penyokong.” ujarnya kepada Astro Arena.

Fergus Tierney merupakan pemain penting bagi JDT II apabila telah melakukan 17 penampilan dalam saingan Piala MFL pada musim lalu menurut statistik daripada MFL.

Advertisements

Nama Fergus Tierney pastinya bakal menjadi perhatian ramai rakyat Malaysia apabila skuad junior Harimau Malaya akan bertanding dalam saingan Piala AFC B23 pada bulan Mei kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram