Penyerang berbisa pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Forestieri dilaporkan menjadi rebutan kelab Timur Tengah.
Perkara ini dilaporkan oleh wartawan terkemuka, T. Avineshwaran berkenaan khabar angin perpindahan bagi jendela kedua Liga Super.
Baru-baru ini, JDT telah mengumumkan ketibaan beberapa pemain seperti Park Jun-heong, Enzo Lombardo dan juga Christian Abad.
Menurut laporan terbaru, pemain kelahiran Itali berusia 34 tahun itu dalam radar kelab di Timur Tengah setelah hampir tiga tahun bersama pasukan.
“Penyerang JDT, Fernando Forestieri sedang dipantau oleh beberapa kelab di timur tengah,” ujar Avineshwaran di laman X.
Beliau juga memaklumkan bahawa JDT berminat untuk mendapatkan khidmat penjaga gol KL City, Azri Ghani untuk memantapkan pasukan.
Setakat ini, masih belum ada pengumuman rasmi berkenaan khabar angin perpindahan ini daripada pihak kelab mahupun pemain.
Bekas penyerang Udinese ini menjadi watak penting buat skuad Harimau Selatan yang berjaya mengekalkan kejuaraan domestik bagi dua tahun berturut-turut.