Tak Sampai Berapa Bulan, Fernando Forestieri Terus Jadi Sandaran Utama JDT
Dunia
MakanBola
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Forestieri jelas menjadi nadi buat pasukan yang berpangkalan di selatan tanah air itu apabila ghairah mencatat nama selaku penjaring di liga tempatan.

Pemain kelahiran Argentina berusia 32 tahun itu melengkapkan kehadirannya kancah bola sepak tempatan dengan penuh bergaya apabila menjadi watak penting ketika membantu JDT menjulang Piala Sumbangsih awal musim ini.

Advertisements

Bekas pemain pasukan Udinese di Serie A ini menampilkan aksi yang sangat menakjubkan ketika mendominasi bahagian sayap kiri termasuklah menjaringkan gol debutnya dalam perlawanan tersebut.

Beliau terus mendapat sentuhan dan keyakinannya apabila menjaringkan dua gol bermakna ketika membenam cabaran Sarawak United dengan kemenangan bergaya 6-0 di halaman sendiri.

Advertisements

Bukan itu sahaja, pengalaman dan kematangan ini jelas memberi impak selepas ketiadaan Gonzalo Cabrerra jelas tidak dirasai setelah Forestieri mempamerkan aksi yang sangat berkualiti tinggi.

Benjamin Mora terus memberi sepenuhnya kepercayaan buat beliau untuk mengemudi jentera serangan Harimau Selatan apabila menjaringkan 3 gol ketika membelasah pasukan BRM FC dengan keputusan 10-0.

Advertisements

Malah, kemampuan yang baik untuk membentuk gandingan mantap bersama rakan sepasukan seperti Bergson Da Silva dan nama-nama seperti Safawi Rasid, Arif Aiman dan lain-lain telah membantunya untuk merekodkan 3 bantuan gol dalam 4 perlawanan.

Beliau kini mendahului carta penjaring terbanyak pasukan dengan 6 gol dan 3 bantuan gol setakat ini.

Advertisements

JDT bakal turun berdepan Kuala Lumpur City FC Rabu ini di Stadium Cheras dalam usaha untuk mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu liga.

View this post on Instagram

A post shared by JOHOR DARUL TA’ZIM FC (@officialjohor)

Advertisements

News Comments Account