Fernando Forestieri Kembali Ke Watford Demi Satu Tujuan
Eropah
MakanBola
Johor Southern Tigers/ Watford FC
Advertisements

Penyerang berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Forestieri dikesan telah kembali ke bekas kelabnya di England, Watford FC baru-baru ini.

Dalam satu foto yang dimuatnaik Watford, pemain berusia 34 tahun itu dilihat sedang memegang kasut bola dan bersembang dengan beberapa individu di padang latihan Watford.

Advertisements

Umum mengetahui, Forestieri sebelum ini mengalami kecederaan dan khidmatnya tidak dapat digunakan JDT. Oleh sebab itu, Forestieri membuat keputusan untuk kembali ke Watford bagi mendapatkan match fitness.

Namun begitu, Forestieri hanya menjalani latihan bersama skuad Watford Bawah 21 Tahun dan bukannya skuad utama.

Advertisements

Perkara tersebut telah disahkan oleh pihak Watford sendiri menerusi satu komen yang ditinggalkan di laman Instagram rasmi kelab.

“Fernando Forestieri berada di London Colney minggu ini berlatih dengan pasukan Bawah 21 (Watford) dengan dia dalam usaha membina kecergasan perlawanan,” jelas pihak pengurusan Watford di Instagram.

Advertisements

Untuk rekod, Forestieri hanya merekodkan tiga penampilan bersama JDT musim ini dalam saingan domestik iaitu Liga Super dan Piala FA. Daripada tiga penampilan, penyerang Argentina itu telah meledak 3 gol.

News Comments Account