Pemain import pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Forestieri kelihatan teruja dengan aksi pasukan kebangsaan ketika menentang Singapura semalam.
Bekas bintang Serie A bersama pasukan Udinese itu kini dalam tempoh percutian disebabkan aksi Liga Super dihentikan untuk memberi laluan kepada aksi pentas antarabangsa.
Namun begitu, gelagat Forestieri yang dilihat menyatakan sokongan kepada barisan anak buah Kim Pan-gon merupakan suatu perkara yang tidak dijangka.
Menerusi satu hantaran di Instagram Story pemain kebangsaan Argentina ini, beliau dilihat meluangkan masa untuk menonton aksi Harimau Malaya dari kaca televisyen.
Bukan itu sahaja, beliau turut menyertakan emoji tanda ‘🙌’ bagi menyatakan sokongan kepada barisan pemain terutamanya buat rakan sepasukannya di JDT.
Beliau yang baru sahaja tiba di liga tempatan musim ini bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Gonzalo Cabrerra di bahagian sayap kiri pasukan.
Ini juga sedikit sebanyak menunjukkan bahawa beliau amat mengikut rapat perkembangan pasukan kebangsaan di bawah kendalian jurulatih dari Korea Selatan, Kim Pan-gon.
Forestieri kini telah pun menjaringkan 5 gol dan juga melakukan 2 bantuan gol dalam hanya 3 perlawanan sahaja musim ini.
