Fernando Torres Kembali Sertai Liverpool
Eropah
Liverpool
Advertisements

Bekas penyerang berbisa Liverpool dan Sepanyol, Fernando Torres akan kembali menyarung jersi Liverpool dalam perlawanan amal Yayasan LFC menentang Lagenda Ajax pada 23 Mac ini.

Torres pernah mewakili Liverpool selama tiga setengah tahun, menjaringkan 81 gol dalam 142 penampilan selepas menyertai kelab itu dari Atletico Madrid pada 2007, dan kini beliau akan menyarung menyarung jersi merah keramat sebagai dalam membantu Yayasan LFC.

Untuk rekod, kali terakhir Torres beraksi di Stadium Anfield adalah pada tahun 2015 iaitu dalam satu perlawanan amal yang menghimpukan bintang-bintang ternama dunia.

Advertisements

Selain Torres, pasukan Lagenda Liverpool juga turut dianggotai beberapa lagi nama hebat seperti Jerzy Dudek (penjaga gol), Dirk Kuyt (penyerang), Daniel Agger (pertahanan) dan Maxi Rodriguez (tengah).

Barisan pemain yang mewakili Lagenda Liverpool itu telah didedahkan oleh Anything Liverpool melalui satu hantaran di laman X.

Advertisements

“Skuad Lagenda Liverpool untuk menentang Ajax pada 23 Mac ini, Dudek, Westerveld. Kvarme, Agger, Aurelio, Vignal, Biscan, Skrtel, Hyypia. Spearing, Gonzalez, Maxi Rodriguez, Sissoko. Kuyt, Cisse, Torres, El Zhar, Babel,” dedah Anything Liverpool di laman X.

Difahamkan lebih 43,000 tiket telah dijual dan 100 peratus daripada hasil yang diperoleh daripada perlawanan itu akan disalurkan kepada Yayasan LFC dan rakan kongsi yayasan tersebut.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram