FIFA Bayar RM104,000 Sehari Kepada Barcelona Kerana Gavi
Eropah
SEMF
Advertisements

Susulan kecederaan ACL yang dialami bintang muda Barcelona, Gavi, kelab itu bakal menerima pampasan lumayan daripada FIFA.

Akhbar Mundo Deportivo melaporkan Barca bakal dibayar €20,548 (RM104,000) sehari oleh FIFA susulan kecederaan serius yang dialami pemain berusia 19 tahun itu.

Gavi mengalami kecederaan ACL semasa perlawanan kelayakan EURO 2024 menentang Georgia baru-baru ini.

Advertisements

Beliau dijangka berehat panjang sekitar enam hingga lapan bulan. Ini bermakna Gavi bukan saja perlu melupakan kempen Barcelona pada musim ini.

Malah, beliau juga perlu melupakan hasrat membantu Sepanyol dalam EURO 2024 dan Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.

Advertisements

Secara ringkas, peraturan FIFA menetapkan mana-mana pemain yang mengalami kecederaan melebihi tempoh 28 hari semasa menjalani tugasan antarabangsa berhak mendapat pampasan.

Justeru, dalam kes Gavi, Barcelona berhak mendapat pampasan berikutan tempoh pemulihan yang lama perlu dilalui beliau.

Advertisements

Barca dijangka mula menerima pampasan daripada FIFA seawal 16 Disember ini.

Sekiranya tempoh pemulihan Gavi mengambil masa sekitar enam hingga lapan bulan, mereka bakal menerima pampasan berjumlah sekitar €3,082,200 (RM15.6 juta) hingga €4,315,080 (RM22 juta).

Advertisements

Biarpun menerima pampasan lumayan daripada FIFA, Barca perlu kreatif dalam mendapatkan pengganti Gavi dalam tetingkap perpindahan Januari 2024.

Ini kerana kelab itu masih bergelut dengan masalah kewangan. Justeru, pilihan mereka dijangka terhad kepada perpindahan percuma atau perpindahan pinjaman.

Salah satu nama yang dicanang sebagai pengganti Gavi oleh Daily Mail ialah pemain tengah Tottenham Hotspur, Giovani Lo Celso.

Lo Celso ketika ini belum mendapat tempat dalam pasukan yang dibimbing Ange Postecoglou itu selepas kembali dari tempoh pinjaman bersama Villareal.

Tidak mustahil bagi mengekalkan kejuaraan La Liga yang dimenangi pada musim lepas, perpindahan ini bakal digerakkan Barca bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Gavi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram