FIFA Denda Sarawak United Akibat Masalah Tunggakan Gaji
Dunia
Sarawak United FC
Advertisements

Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) telah mendenda pasukan Liga Super, Sarawak United susulan tunggakan gaji terhadap bekas pemain mereka iaitu Sandro Da Silva.

Menurut satu laporan oleh Berita Harian, tunggakan gaji sehingga RM150,000 telah pun disahkan oleh peguam Sandro, Mohd Zhafri Aminurashid semalam.

Dalam satu kenyataan, Sarawak United gagal untuk mematuhi tempoh untuk melunaskan bayaran seperti yang telah ditetapkan sekaligus menyebabkan pasukan menerima hukuman.

Advertisements

“Keputusan FIFA telah dikeluarkan jadi bayaran harus dijelaskan dalam tempoh masa 45 hari iaitu sehingga 18 Jun lalu. Namun begitu, mereka gagal berbuat demikian sehingga tarikh yang ditetapkan.”

Kesannya, pasukan Liga Super itu dikenakan sekatan perpindahan pemain tempatan dan asing untuk tiga jendela perpindahan mendatang.

“Oleh yang demikian, pasukan itu dihukum dengan sekatan perpindahan pemain tempatan dan asing sehingga tiga tempoh pendaftaran pemain,” katanya.

Advertisements

Sebagai rekod, hukuman yang dikenankan oleh badan induk FIFA ini disebabkan Sarawak United dikatakan tidak mematuhi obligasi kewangan mengikut piawaian diputuskan oleh badan induk tersebut.

Hal ini sekali gus menyebabkan tindakan tatatertib terpaksa dikenakan kepada pasukan tersebut tak tidak mustahil hukuman yang lebih berat menanti.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram