Malaysia kini menduduki ranking ke-138 dunia berdasarkan ranking terbaru Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Semakan terbaru ranking menyaksikan Harimau Malaya mengalami penurunan sebanyak 17 anak tangga berbanding ranking sebelumnya, ranking ke-121 dunia.
Hal ini berlaku selepas Jawatankuasa Etika dan Disiplin Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memutuskan Harimau Malaya menurunkan pemain tidak layak dalam dua aksi kelayakan Piala Asia 2027.
Hal ini terjadi apabila Malaysia menentang Nepal dan Vietnam pada Mac dan Jun 2025. Susulan itu, kedua-dua pasukan dianugerahkan kemenangan percuma 3-0.
Selain, kemenangan Vietnam ke atas Malaysia dalam aksi terakhir kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Thien Truong, Nam Dinh pada Selasa.
Keputusan ini juga menyaksikan Vietnam muncul selaku pendahulu Kumpulan F dengan 18 mata. Jumlah mata ini sudah cukup buat pasukan itu layak ke pentas Piala Asia 2027 dengan bergaya.
Keputusan AFC turut menyaksikan Vietnam kini menduduki ranking ke-99 dunia. Ini selepas pasukan itu merekodkan kenaikan sebanyak sembilan anak tangga.