Pasukan kebangsaan Filipina pastinya merenung panjang untuk bertemu Harimau Malaya.
Skuad kendalian Tan Cheng Hoe selaku jurulatih interim bermula cemerlang pada kempen ASEAN Hyundai Cup 2026 dengan kemenangan 2-1 ke atas Myanmar.
Kejayaan itu disusuli persembahan cemerlang di laman sendiri apabila membelasah Laos dengan jaringan 4-0 di hadapan 10,044 penyokong setia di Cheras.
Prestasi cemerlang skuad kebangsaan ini memberikan amaran awal kepada Filipina yang bakal bertemu skuad kebangsaan pada aksi terakhir kumpulan nanti.
Keadaan ini diburukkan lagi dengan prestasi semasa Filipina – tewas mengejut dengan kekalahan besar 4-1 di tangan Myanmar pada Selasa lalu.
Malaysia kini menduduki tangga kedua dengan enam mata, manakala Filipina di tangga ketiga dengan tiga mata dan bakal mementang Thailand, Selasa malam.
Filipina kendalian Carles Cuadrat kini menduduki tangga ke-135 dunia, berada satu anak tangga di atas Malaysia yang menghuni tangga ke-136 dunia.
Rekod menunjukkan Harimau Malaya memiliki kelebihan pada dua pertemuan terakhir selepas menang dengan keputusan 2-1 pada aksi separuh akhir Pestabola Merdeka 2024 di Bukit Jalil.
Aksi Malaysia dan Filipina dijadual berlangsung pada Sabtu, 8 Ogos 2026 jam 9.00 malam di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.