Filipina mengesahkan kemaraan ke Piala Dunia Wanita 2027.
Kejayaan itu dicapai dengan mengalahkan Uzbekistan dalam aksi play-in Piala Asia Wanita 2027.
Aksi play-in menyaksikan empat pasukan yang tewas di peringkat suku akhir berentap untuk memburu dua slot Piala Dunia Wanita 2027.
Selepas terikat pada separuh masa pertama, Filipina yang dibimbing Mark Torcaso meraih kemenangan 2-0 ke atas pasukan Asia Tengah itu.
Angela Beard dan Jaclyn Sawicki meledakkan gol untuk membawa Filipina layak ke kejohanan berprestij itu.
Turut sama mengesahkan kelayakan ialah satu lagi pasukan gergasi Asia, Korea Utara. Korea Utara mara dengan menewaskan Chinese Taipei 4-0.
Uzbekistan dan Chinese Taipei masih berpeluang layak ke Piala Dunia Wanita 2027 dengan syarat mereka melepasi pusingan playoff antara konfederasi.