Filipina Resah Hadapi Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Filipina berada dalam keadaan yang kurang meyakinkan bagi menghadapi tentangan Harimau Malaya.

Kedua-dua pasukan bakal bertemu bagi aksi separuh akhir Pestabola Merdeka 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bulan hadapan.

Ad

Satu lagi aksi separuh akhir bakal menemukan Lubnan menentang juara bertahan, Tajikistan pada hari yang sama.

Ad

Persiapan The Azkals bagaimanapun tidak berlangsung dengan begitu baik selepas dilanda beberapa siri kekalahan buruk pada beberapa perlawanan terakhir.

Filipina menanggung 5 kekalahan daripada 6 perlawanan terakhir termasuklah dimalukan dua wakil Asia Tenggara, Indonesia dan Vietnam.

Ad

Pasukan ke-147 dunia itu hanya merekodkan keputusan seri 1-1 menentang anak buah Shin Tae-yong kali terakhir pade November 2023.

Ad

Hal ini menjadikan pasukan bimbingan Tom Saintfiet masih mencari kemenangan pertama selepas hampir 9 bulan pada peringkat antarabangsa.

Ad

Malaysia pula dalam momentum cemerlang selepas mengikat Kyrgyzstan 1-1 dan juga menewaskan Chinese Taipei 3-1 namun kini berada di bawah kendalian jurulatih baharu, Pau Marti Vicente.

Aksi Harimau Malaya dan Filipina akan berlangsung pada 4 September 2024 jam 9 malam.