Advertisement
Firdaus Irman Jadi Penjaga Gol Ketiga Sertai Perak FC
Transfer
MakanBola
TBG TV

Selepas mendapatkan Ramadhan Hamid dan Haziq Nadzli, bahagian penjaga gol Perak FC lengkap dengan kehadiran penjaga gol ketiga baru pasukan itu.

Ini dicapai dengan perpindahan penjaga gol Negeri Sembilan FC, Muhammad Firdaus Irman Mohd Fadhil yang diumumkan hari ini.

“Firdaus Irman menambahkan lagi pilihan untuk posisi penjaga gol buat pasukan The Bos Gaurus bagi menghadapi musim 2024/25. Selamat datang ke Keluarga Perak FC Yob Pidot!” kata kelab dalam satu kenyataan.

Firdaus telah merekodkan lapan penampilan bersama Negeri Sembilan pada musim lepas termasuk Piala MFL dan Piala Malaysia.

Meskipun sedar dengan cabaran yang dibawa Ramadhan dan Haziq, Firdaus bersedia untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama.

“Saya ke Perak sebab saya nak dapatkan tempat dalam kesebelasan utama. Dan membantu pasukan Perak membangunkan kembali pasukan seperti dulu-dulu,” katanya.

Selain skuad Rusa, penjaga gol berusia 22 tahun itu juga pernah mewakili PDRM FC dan Selangor FC II.