Penjaga Gol JDT, Haziq Nadzli Sertai Perak
Transfer
Perak FC
Advertisements

Penjaga gol pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Haziq Nadzli secara rasminya menyertai Perak bagi musim 2024/25.

Pemain berusia 26 tahun itu merupakan antara watak hebat bersama Harimau Selatan sejak menyertai pasukan pada tahun 2016.

Bekas penjaga gol b-23 itu bagaimanapun menghadapi cabaran hebat untuk merebur posisi penjaga gol utama JDT.

Advertisements

Menerusi pengumuman oleh laman Perak FC, Haziq secara rasminya bakal menjadi rekrut terbaru The Bos Gaurus bagi musim 2024/25.

Sebelum ini, pasukan kendalian Yusri Che Lah juga sudah diperkuatkan dengan penjaga gol berpengalaman PDRM, Mohamad Ramadan Abd. Hamid yang turut membawa haluan ke utara tanah air.

Perak juga telah mengumumkan kehadiran beberapa pemain import seperti Luis Motta (Brazil), Lee Tae-min (Korea Selatan) selain kapten b-23 Kyrgyzstan, Adilek Kanybekov.

Advertisements

Selain itu, beberapa pemain tempatan yang berbakat juga menyertai pasukan seperti Tommy Mawat, Azfar Fikri dan juga Ramadhan.

Bagi saingan musim 2023, Perak bolos 55 gol dalam 26 aksi liga sungguhpun mengharungi perjalanan yang baik apabila mara ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia tempoh hari.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram