Firdaus Saiyadi: Pemain Dah Tak Boleh Berlakon Lagi
Liga Super
Perak FC
Advertisements

Ketua Pasukan Perak FC, Firdaus Saiyadi menyambut baik pelaksanaan Video Bantuan Pengadil (VAR) bagi saingan Liga Super 2024/2025.

Bagi Firdaus, sistem VAR adalah bagus untuk dilaksanakan di Liga Malaysia dan selepas ini segala tindakan pemain akan berjaya dikesan dengan lebih terperinci.

“Sistem VAR ni bagus untuk dilaksanakan di Liga Malaysia. Pemain pun dah boleh berlakon lagi dan agak menarik untuk ada VAR di Liga Malaysia,” jelas Firdaus ketika ditemubual MFL.

Advertisements

Perak merupakan salah satu pasukan yang telah mencuba sistem VAR sebanyak dua kali pada aksi persahabatan pra-musim.

Firdaus dan rakan-rakan sepasukan bakal memulakan saingan Liga Super 2024/2025 dengan menentang Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada hari ini (11 Mei).

Advertisements

Dalam perkembangan lain, Perak juga dikhabarkan bakal berpindah stadium pada bulan November tahun ini selepas Stadium Perak bakal menjalani kerja-kerja penaiktarafan saliran dan rumput.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram