Format Unik Selangor Asia Challenge Buat Peter De Roo Terkejut
Asia Tenggara
Balestier Khalsa
Advertisements

Ketua jurulatih Balestier Khalsa, Peter De Roo melihat format yang bakal digunapakai pada kejohanan jemputan, Selangor Asia Challenge (SAC) sebagai suatu yang unik.

SAC merupakan kejohanan jemputan pra-musim yang mengumpulkan empat pasukan terkuat di sekitar rantau Asia Tenggara yang kini sudah memasuki edisi yang kedua.

Berbeza dengan format edisi sebelum ini, SAC 2024 menampilkan sedikit kelainan apabila menyaksikan pasukan yang meraih kemenangan bakal mendapat tiga mata. Setiap gol yang dijaringkan akan mendapat satu mata bagi setiap pasukan.

Advertisements

Menurut De Roo, format seperti ini sedikit mengejutkan beliau dan akan menggalakkan para pasukan untuk bermain lebih menyerang bagi meraih sebanyak mata yang boleh.

“Bagi saya, format ini mengejutkan tetapi ini juga bukan sesuatu yang baru. Sebab ini akan menggalakkan lebih banyak permainan menyerang, itu sesuatu yang kita mahu lakukan secara semulajadi, katanya ketika ditemui pada Sidang Media Selangor Asia Challenge

Advertisements

”Kita mahu bermain permainan menyerang, lawan kita juga akan melakukan perkara sama untuk mendapatkan tiga mata.”

Peter De Roo yang pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sekitar 2017 hingga 2020 tampak teruja untuk kembali semula ke Malaysia dan tidak sabar untuk menantikan perlawanan pertama berdepan lawan dari luar Singapura.

Advertisements

“Pertama sekali, agak seronok untuk kembali ke Malaysia. Saya mengenang masa saya di sini dengan kenangan yang indah dan saya masih lagi datang ke Selangor,” katanya ketika di sidang media kejohanan.

“Kita juga bermula dengan Charity Shield, sama seperti Selangor pada 10 Mei. Jadi, seronok untuk kembali semula di sini dan kita boleh menguji lawan dari luar Singapura.”

Advertisements

Pada perlawanan pertama pada Jumaat, Balestier Khalsa bakal berdepan kelab Kemboja, Young Elephants pada jam 5.00 petang manakala Selangor akan memulakan aksi pada sebelah malam menentang DPMM FC dari Brunei.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram