Formula Benjamin Mora Di Mexico Menjadi-Jadi
Dunia
Atlas FC
Advertisements

Sentuhan bekas pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora berjaya memberi impak segera kepada pasukannya di Liga Mexico, Atlas FC.

Pengendali berusia 45 tahun itu baru sahaja dilantik mengemudi pasukan setelah meninggalkan pasukan Harimau Selatan musim lalu.

Prestasi kurang memberangsangkan Atlas FC pada musim lalu menyaksikan mereka mencari pengendali baharu yang mampu memberikan impak yang terbaik.

Advertisements

Kehadiran Mora jelas menjadi suntikan semangat kepada kelab tersebut untuk memperoleh permulaan yang baik apabila mencatatkan kemenangan sulung musim ini. 

Aksi pertama menentang Mazatian semalam menyaksikan Atlas menang dengan keputusan 2-1 hasil jaringan J. Quinones dan juga J. Furch.

Pasukan tuan rumah juga menunjukkan peningkatan yang amat baik dari apabila mencatatkan 21 percubaan secara keseluruhan dengan 10 percubaan tepat.

Advertisements

Benjamin Mora jelas berpuas hati dengab penampilan anak buahnya setakat ini.

“Saya tidak akan pernah berpuas hati, kami sentiasa mahukan lebih dan bermain dengan cara kami berlatih. Saya fikir kami boleh memberi lebih banyak lagi dan bermain dengan lebih baik.”

Atlas kini berada pada tangga ke-6 liga dan bakal berdepan Queretaro minggu hadapan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram