Formula Nenad Bacina mula membuahkan apabila pasukan KL City kembali meraih kemenangan dalam aksi menentang Perak semalam.
Permulaan Nenad Bacina bersama KL City agak mencabar apabila pasukan tersebut tewas dalam 2 perlawanan pertama dibawah Nenad Bacina.
Nenad Bacina kalah 2-0 kepada Selangor dalam perlawanan pertamanya dan tewas tipis 3-2 kepada Sabah dalam perlawanan kedua.
KL City bagaimanapun perlahan-lahan bangkit apabila menang 1-0 ke atas Penang dalam aksi kedua pusingan 16 untuk melayakkan diri ke suku akhir Piala Malaysia.
Kemenangan 4-0 ke atas Perak merupakan kemenangan kedua terbesar KL City musim ini dalam Liga Super selepas menang 5-1 ke atas Kelantan.
Malah jentera serangan KL City juga semakin tajam berbanding dibawah kendalian Bojan Hodak dimana KL City kerap menjaringkan 1-2 gol dalam satu perlawanan dan rekod jaringan terbanyak dalam satu perlawanan dibawah Bojan adalah 3 gol.
Peningkatan prestasi ini menunjukkan para pemain KL City mula serasi dengan corak permainan yang diterapkan oleh Nenad Bacina.
Kini pasukan KL City telah menang 2 perlawanan dan tewas 2 kali dalam 4 perlawanan dibawah bimbingan Nenad Bacina.
KL City kini berada ditangga ke-7 liga dengan mengumpul 31 mata dalam 21 perlawanan liga dan berpeluang untuk menamatkan kedudukan ditangga ke-5 liga jika mereka terus konsisten meraih kemenangan.