Malaysia berpotensi menambah seorang lagi muka baharu iaitu tonggak tengah kacukan Ireland, Callum Cleary.
Pemain berusia 23 tahun itu kini beraksi buat Athlone Town di League of Ireland First Division – Divisyen 2 di sana.
Kecemerlangan beliau mula terserlah apabila tampil dengan satu aksi yang cukup bertenaga sekali gus dinobatkan selaku pemain terbaik perlawanan.
Athlone Town berjaya menewaskan Longford Town dengan keputusan 2-0 dan kini menduduki tangga kelima saingan liga selepas sembilan perlawanan.
Beliau menghabiskan hampir empat tahun beraksi buat pasukan tahap Universiti di Amerika Syarikat (USA) sebelum berpindah ke Ireland.
Khabar angin bertiup kencang mengenai pertalian Cleary yang didakwa berketurunan Malaysia.
Hal ini selepas laman Transfermarkt meletakkan bendera Malaysia dan Ireland, selain menyatakan bahawa pemain ini lahir di Kuala Lumpur.
Malaysia sebelum ini sudah pun memiliki beberapa pemain seperti Stuart Wilkin dan Darren Lok.
Setakat ini, masih tiada pengesahan rasmi berhubung status pertalian darah Cleary dengan Malaysia.
Sekiranya benar, beliau bakal menjadi tambahan yang cukup penting untuk posisi tengah skuad kebangsaan Harimau Malaya.