Identiti Pemain Warisan Baharu Malaysia Tertiris
MakanBola
Malaysia NT

Identiti seorang lagi pemain warisan yang berpotensi untuk menyarung jersi Harimau Malaya tertiris.

Kempen Kelayakan Piala Asia 2027 telah pun melabuhkan tiranya dengan Harimau Malaya berjaya menamatkan saingan Kumpulan F pada kedudukan kedua kumpulan dengan 9 mata selepas enam perlawanan.

Usaha memantapkan persiapan pasukan kebangsaan terus dilakukan dalam misi untuk mengharungi kempen ASEAN Hyundai Cup 2026, Julai ini.

Malaysia dijangka berpotensi untuk menerima seorang lagi pemain warisan yang bakal menambah kekuatan

Menurut perkongsian oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, ciri-ciri pemain yang dimaksudkannya itu bukanlah dari Brazil atau Argentina.

“Saya difahamkan ada seorang lagi pemain berdarah campuran akan memperkuatkan pasukan negara. Ini eksklusif saya bawakan. 

“Ini bukan daripada Brazil dan juga Argentina. Ini adalah darah warisan kita. 

Beliau turut memberi bayangan bahawa pemain baharu ini memiliki pertalian darah sama ada dari dua negara terkemuka.

“Kalau warisan itu, kita boleh katakan daripada England atau Australia,” katanya kepada Astro Arena.

Setakat ini, masih tiada pengesahan rasmi berhubung calon sebenar yang dikatakan berketurunan Malaysia daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).