Frank Lampard Tampil Penuh Garang Kemudi Skuad Segar Chelsea
EPL
MakanBola
Chelsea FC
Advertisements

Selepas sah bergelar pengurus interim Chelsea sehingga akhir musim ini, Frank Lampard terus fokus kepada sesi latihan skuad senior di pusat latihan mereka di Cobham semalam. Dan para pemain termasuk yang pernah beraksi di bawah Lampard tampak serius dan fokus semasa latihan.

Dalam satu video yang dikongsikan akaun laman media sosial Chelsea, penjaring gol terbanyak sepanjang zaman mereka itu kelihatan serius melihat anak-anak buahnya berlatih.

Advertisements

Malah, dalam sesi latihan semalam, Lampard turut berkesempatan bercakap secara individu dengan beberapa pemain. Antara pemain yang dikesan bercakap dengan bekas pemain tengah West Ham United itu ialah pemain sayap Ukraine, Mykhailo Mudryk.

Sepanjang tempoh bergelar pengurus interim, Lampard bakal dibantu beberapa individu yang tidak asing dengan Blues. Beliau bakal dibantu bekas rakan sepasukan England dan Chelsea, Ashley Cole.

Advertisements

Selain bekas bek kiri Arsenal itu, Paul Clement, Joe Edwards dan Chris Jones turut sah menjadi sebahagian daripada staf kejurulatihan Lampard.

Lampard pasti berharap dapat mencipta impak positif dengan meraih kemenangan ke atas Wolverhampton Wanderers di Molineux malam ini. Ini juga peluang buat para pemain kembali bangkit dan merebut slot kesebelasan utama terutama menjelang perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Real Madrid pada minggu hadapan.

News Comments Account