Penghijrahan bekas pengendali KL City FC, Bojan Hodak ke kelab Indonesia, Persib Bandung memberi impak yang cukup besar terutamanya dibantu oleh impak peledak berbisa pasukan, David Da Silva.
Jurulatih kelahiran Croatia itu membuat keputusan untuk berhijrah selepas tiga tahun menabur bakti di Malaysia.
Percaturan awal bekas pengendali PSM Makassar ini berjaya diserap dengan begitu cepat oleh para pemain Persib sebaik sahaja beliau tiba bersama pasukan.
‘Salam perkenalan’ dari Hodak menjadi titik utama kepada perubahan mentaliti pemain di atas padang apabila berjaya menundukkan Persik Kediri.
Hodak semenangnya terkenal dengan pendekatan terus kepada pemain dan sapaannya dilihat menjadi pemangkin ssmangat pemain Persib untuk berjuang sehabis baik.
Percaturan beliau untuk menukar beberapa pemain termasuklah penjaga gol dan kepulangan semula Ezra Walian telah membawa sinar baharu kepada pasukan.
Kemenjadian sentuhan David Da Silva dilihat menjadi titik penting untuk mencetus perubahan kepada jentera serangan pasukan apabila beliau berjaya menjadi watak penting semalam.
Bintang Brazil berusia 33 tahun ini memiliki reputasi yang cukup baik dalam kancah bola sepak Indonesia selain pernah beraksi buat pasukan Terengganu FC suatu ketika dahulu.
Gabungan bersama Hodak dilihat bakal membentuk resipi yang cukup baik untuk membentuk skuad dengan mentaliti kemenangan di Liga 1 Indonesia.
Bekas jurulatih Malaysia bawah 19 tahun ini berjaya membawa The City Boys ke pentas akhir Piala ACC pada tahun 2022 dengan dua lagi pentas akhir menjadi sentuhan kejayaan beliau bersama KL City.
Persib dijangka akan terus bangkit dari ‘tidur’ lena sebelum ini untuk kembali menjadi pesaing terhebat bersama Hodak.
Pasukan itu akan bertemu Bali United bagi aksi berikutnya dan berpeluang untuk mencipta satu lagi momen mendapatkan tiga mata penting di halaman sendiri.