Gagal Ke Piala Dunia, Gianluigi Buffon Undur Diri Dari FA Itali
MakanBola
FIGC

Legenda Itali, Gianluigi Buffon memilih mengundur diri daripada jawatan kepimpinan yang disandangnya bersama Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC).

Keputusan itu diambil selepas Azzurri gagal layak ke Piala Dunia 2026 menerusi penentuan playoff. Itali terpaksa berputih mata apabila tumbang di tangan Bosnia-Herzegovina menerusi penentuan penalti.

Buffon pada awalnya mahu mengumumkan pengundurannya selepas tamat perlawanan tersebut. Walau bagaimanapun, Presiden FIGC, Gabriele Gravina memilih meletak jawatan terlebih dahulu.

Gravina berundur bagi mengambil tanggungjawab kegagalan Itali layak ke Piala Dunia. Setelah itu, barulah Buffon membuat pengumuman langkah sama.

“Saya diminta menangguhkan (perancangan meletak jawatan) untuk memberi masa kepada semua orang untuk merenung apa yang berlaku.

“Kini, selepas Presiden Gravina memilih untuk berundur, saya merasa bebas untuk melakukan apa yang saya lihat sebagai satu tindakan yang bertanggungjawab.

“Sasaran utama ialah membawa Itali layak ke Piala Dunia. Dan kita gagal. Mewakili pasukan kebangsaan (Itali) bagi saya ialah satu penghormatan dan semangat yang muncul dalam diri saya sejak saya masih kecil lagi,” katanya di X.

Buffon memegang rekod sebagai pemain paling banyak membuat penampilan antarabangsa bersama Itali dengan 176 penampilan.

Claim Money Packet TnG