Gaji bintang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi masih berada pada tangga yang agak berpatutan dengan kualiti yang ditampilkannya bersama pasukan.
Umum mengetahui bahawa kemelut gaji sentiasa menjadi permasalahan buat sesetengah pasukan di Liga Super.
Perbelanjaan di luar kantung pasukan sendiri telah menyebabkan sesetengah pasukan banyak menghabiskan bajet tahunan kelab untuk membayar gaji pemain.
Menerusi satu perkongsian oleh host Astro Arena, Hafizal Hamad, gaji terbaru Arif Aiman kini berada pada tangga berpatutan iaitu RM25 ribu.
Perkara ini pernah dimaklumkan oleh Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) bahawa sebelum ini, pemain sensasi berusia 20 tahun itu hanya dibayar sekitar RM12 ribu sahaja.
Peningkatan ini dilihat signifikan dengan persembahan yang ditampilkan oleh anak kelahiran Pahang ini sejak beberapa musim bersama Harimau Selatan.
Menurut Hafizal Hamad juga, tahap permainan sebenar Arif Aiman sebenarnya pada tahap gaji RM80 ribu sebulan.
Pada musim 2023, Arif sudah pun mencetak 5 gol dan 5 bantuan gol yang menyaksikan anak didik Tano Solari kini gah memimpin saingan di tangga pertama.