“Gaji Pemain & Jurulatih Semua Tiada Sangkut” – Zamsaham
Liga Super
TRW KELANTAN FC
Advertisements

Isu pemain dan staf pasukan tidak dibayar gaji pernah membelenggu Kelantan satu ketika dahulu. Tetapi sejak di bawah pemilikan usahawan terkenal, Norizam Tukiman, isu sebegini tidak lagi timbul sekaligus memberi suntikan moral kepada seluruh ahli pasukan The Red Warriors.

Norizam yang mesra dikenali sebagai Zamsaham sentiasa berusaha memastikan pemain dan staf kejurulatihan menerima gaji mereka tanpa sebarang masalah. Di sebalik cabaran inflasi, kenaikan faedah dan Covid-19, itu tidak mematahkan usahanya menjadi majikan yang baik.

Dengan menjadikan kisah Melaka United dan Sarawak United sebagai pengajaran, Zamsaham tidak mahu isu tunggakan gaji yang pernah membelenggu pasukan kembali berulang. Beliau tidak mahu disebabkan isu ini, para penyokong tidak dapat melihat Kelantan beraksi di Liga Super.

Advertisements

“Alhamdulillah, gaji pemain dan jurulatih-jurulatih pasukan semua tiada sangkut, cuma kadang-kadang tu adalah lewat seminggu dua. Lewat tapi dapat. Faham sahajalah industri bola Malaysia bagaimana.

“Kita bukan macam sesetengah pasukan yang sangkut lebih 5 bulan sehingga lesen digantung. Setakat ini, kita pastikan semua gaji selesai.

Advertisements

“Setakat tiga tahun saya pegang bola ini, tiada seorang pemain dan pengurusan tak dapat gaji. Dan saya sentiasa ambil berat hal staf hinggakan mereka semua ada akses untuk telefon saya secara peribadi jika mereka terdesak nak pakai duit segera atau yang nak pinjaman, pendahuluan gaji.” katanya dalam catatan Facebook hari ini.

Selain mengulas soal gaji, Zamsaham turut memberi jaminan akan menyelesaikan caruman KWSP pemain dapat diselesaikan secara berperingkat.

Advertisements

Selagi mana pasukan mencatat kemenangan dan stadium dipenuhi dengan penonton, maka hal ini dapat diselesaikan lebih cepat bagi membantu pemain lebih fokus atas padang.

“Bab EPF (KWSP) tentu sahaja kita akan bayar kerana semuanya berperingkat. Insya Allah kalau pemain tunjukkan aksi yang bagus, menang selalu dan stadium penuh, kita akan dapat selesaikan lebih awal,” tambahnya.

Advertisements

Atas sebab yang sama, Zamsaham turut memberi sedikit bonus kemenangan kepada para pemain selepas mereka mengalahkan Penang semalam. Dengan semua usaha beliau ini, tidak mustahil Kelantan menjadikan musim 2023 sebagai musim yang lebih cemerlang berbanding musim lepas.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram