Advertisement
“Gambar Padang SNBJ Itu Bukan Hari Ini, Tunggu Hari Perlawanan” – Hannah Yeoh
Harimau Malaya
MakanBola
Azri/MakanBola

Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Hannah Yeoh menafikan bahawa gambar padang yang tular itu adalah keadaan terkini di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Menerusi satu sidang media mengenai keputusan kerajaan untuk menganjurkan Sukan Komanwel 2026, Hannah memberi gambaran tentang kesediaan SNBJ untuk menganjurkan perlawanan.

Sebelum ini, tular sebuah rakaman dron yang dikongsikan di laman Youtube kira-kira 9 hari lalu yang memaparkan keadaan padang dari atas.

Keadaan itu menimbulkan kerisauan dalam diri para peminat selepas melihat klip tersebut sekaligus menimbulkan tanda tanya.

Menerusi satu kenyataan rasmi olehnya, Ahli Parlimen Segambut itu menafikan bahawa keadaan padang tersebur adalah gambar terkini.

“Mengenai gambar tersebut (padang SNBJ) bukan gambar semalam atau hari ini, tunggu hari perlawanan,” ujarnya ketika ditemui oleh media Harimau Malaya.

Perkara ini dikongsikan oleh Pengerusi PSM, Dato’ Hans Isaac di laman sosialnya sekaligus memberikan keyakinan kepada para peminat.

8973E3A3 A93F 4645 B7BF C0F5A75162D2 "Gambar Padang SNBJ Itu Bukan Hari Ini, Tunggu Hari Perlawanan" - Hannah Yeoh

Aksi Malaysia dan Oman dijadualkan berlangsung pada 26 Mac 2024 di SNBJ pada jam 10 malam.