Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon memberi kepercayaan penuh kepada pihak teknikal padang sungguhpun keadaan padang di SNBJ tidak berada dalam keadaan baik ketika ini.
Perkara ini dikongsikan oleh pengendali kelahiran Korea Selatan itu pada sesi sidang media di Wisma FAM.
Katanya, tinjauan yang dilakukan bersama-sama Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin memberitahu bahawa keadaan padang tidak seperti yang diharapkan.
Perkara ini disahkan oleh Hamidin dan Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Dato’ Hans Isaac bersama-sama ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon.
Hal ini berikutan lawan barisan kejurulatihannya bagi meninjau keadaan terkini padang di stadium berkenaan pada Khamis, 7 Mac 2024.
“Semalam (ketika tinjauan) tidak berada dalam keadaan baik. Namun begitu, pihak teknikal yakin menjelang hari perlawanan, keadaan padang akan pulih dalam keadaan terbaik.”
Namun begitu, beliau memberi keyakinan kepada pihak teknikal yang menguruskan bahawa keadaan padang akan sempat pulih menjelang aksi kelak.
“Saya percayakan apa yang dia cakap. Semalam saya menyatakan kekecewaan namun beliau berkata, “awak tidak akan bermain esok kan?” ujar Kim Pan-gon kepada media.
Sebelum ini, pihak Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) telah melantik pakar iaitu Labosport untuk menjadi kondisi padang SNBJ.
“Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) telah melibatkan Labosport dalam mempersiapkan padang SNBJ bagi konsert Ed Sheeran yang akan diadakan pada 24 Februari ini dan perlawanan Kelayakan Piala Dunia Malaysia menentang Oman pada 26 Mac akan datang.”
“Sebagai langkah awal, PSM telah memindahkan rumput seluas 1900m2 bagi menempatkan pentas dan menara sistem audio mengikut tema “world tour” Ed Sheeran. Rumput yang telah dipindahkan kini diberi jagaan insentif termasuk pengairan dan pembajaan supaya kesihatan rumput berada pada tahap optimum,” jelas pihak PSM menerusi satu siaran media.
PSM sebelum ini memberikan jaminan bahawa segala peralatan konsert akan dialihkan usai tamat konsert dengan kerja-kerja di padang akan bermula segera selepas selesai konsert tersebut.
“PSM bersedia untuk menggunakan rumput dari tapak semaian, sekiranya perlu. Tapak semaian sedia ada mempunyai keluasan rumput melebihi 2000m2 untuk menampung keperluan padang SNBJ.”
“Kerja-kerja membongkar peralatan daripada konsert akan dimulakan sejurus selepas konsert berakhir dan kerja di padang akan bermula dengan segera selepas itu,” jelas pihak PSM lagi.