Gameplay Dan Jaringan Padu Sharif Haseefy Seperti Jamie Vardy
Dunia
Advertisements

Pemain muda Pahang, Nik Muhamad Sharif Haseefy Mohd Lazim mula mencuri tumpuan peminat bola sepak tempatan apabila menjaringkan gol pembukaan melalui rembatan kencang dari luar kotak penalti menentang Terengganu walaupun tewas tipis.

Dollah Salleh sebelum ini menyatakan bahawa Nik seorang pemain yang istimewa.

“Dia sebenarnya mempunyai keistimewaan.”

Advertisements

“Dia mungkin masih muda lagi dan keyakinannya belum mencapai tahap yang diharapkan tetapi dalam sesi latihan, dia menyerlah,” kata jurulatih, Dollah Salleh.

Ia adalah jaringan ketiga beliau selepas 3 perlawanan menentang Kedah dan Perak. Rata-rata peminat bola sepak tempatan berpendapat pemain yang berusia 23 tahun ni mempunyai kekuatan di kaki kiri dan kanan serta bakal menjadi aset penting bagi pasukan Pahang.

Malah, terdapat juga penyokong ingin beliau diberikan peluang untuk dipanggil ke skuad kebangsaan jika masih mengekalkan prestasi yang konsisten dalam perlawanan seterusnya.

Advertisements

Larian dan gerakan Nik yang seakan-akan pemain sensasi Leicester City, Jamie Vardy memberikan harapan baru buat Pahang yang kehilangan Sumareh sebelum ini berikutan kes pelanggaran kontrak.

Pemain kelahiran Pahang berumur 23 tahun ini mula menunjukkan prestasi yang memberangsangkan apabila beliau diberikan kepercayaan ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh dalam 8 perlawanan Liga Super 2020.

Artikel berkaitan:

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram