Gandingan Bergson & Heberty Makin Di Luar Jangkaan
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Persembahan ampuh yang ditonjolkan oleh duo sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva dan Heberty Fernandes telah melepasi jangkaan awal.

Heberty dibawa masuk oleh JDT pada jendela perpindahan kedua untuk menambah sengat di bahagian serangan pasukan.

Pemain berusia 34 tahun ini memiliki reputasi yang cukup hebat di pentas bola sepak Thailand kerana beliau merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman di sana.

Advertisements

Kemasukan beliau dilihat tepat pada masanya disebabkan pasukan bimbingan Tano Solari kehilangan khidmat tonggak berbisa pasukan, Fernando Forestieri yang mengalami kecederaan.

Kehadiran bekas penyerang Bangkok United ini memberi impak segera kepada JDT apabila gandingannya bersama Bergson mula menjadi bualan ramai.

Advertisements

Mereka mula digandingan ketika merekodkan kemenangan 2-0 ke atas Selangor yang menyaksikan kedua-duanya menjaringkan gol.

Gandingan ini tidak terhenti di situ apabila terus diberi kepercayaan untuk mengetuai jentera serangan pasukan.

Advertisements

Dua pemain ini menjadi watak penting apabila mencatatkan kemenangan besar ke atas Kelantan dan Sabah di tempat lawan.

Menurut kenyataan bekas penyerang JDT, Norshahrul Idlan Talaha, dua pemain ini membentuk gandingan yang cukup baik namun peranan pemain tengah menjadi kunci utama kepada JDT.

Advertisements

“Ini persefahaman antara Heberty dan Bergson. Gerak badan akan membuatkan seseorang itu faham apa yang rakannya mahu lakukan untuk menjaringkan gol.”

Razman Roslan pula merasakan bahawa ketidakupayaan pertahanan Sabah mengekang asakan duo ini telah meranapkan hasrat mereka di halaman sendiri.

“Transisi menyerang kepada bertahan pemain Sabah agak lambat, apabila hilang bola mereka membiarkan pertahanan sahaja mengekang asakan mereka,” jelasnya kepada Astro Arena.

Setakat ini, Bergson sudah menjaringkan 5 gol manakala Heberty 4 gol sejak mereka digandingkan 3 aksi yang lalu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram