Gara-Gara Malaysia, Indonesia Jadi Tak Takut
MakanBola
Malaysia NT

Malaysia secara tidak langsung kini telah menyebabkan Indonesia tidak lagi berasa takut.

Perlawanan getir menanti pasukan muda Indonesia dan Malaysia dalam misi menempah tiket ke pentas Piala Asia B-20 2027 di China.

Perlawanan terakhir Kumpulan H menyaksikan Sang Garuda bakal melayan tentangan jaguh Asia, Australia sementara Malaysia B-19 kendalian Shukor Adan bakal bertemu Laos.

Keyakinan dan persembahan cemerlang yang ditampilkan oleh skuad muda negara menyaksikan Malaysia B-19 berjaya mengikat lawan dengan keputusan 2-2.

Indonesia B-19 kendalian Nova Arianto melihat senario pertemuan Malaysia-Australia memberikan tonik tambahan kepada mereka menjelang pertemuan, malam Ahad.

“Buktinya, Malaysia berjaya seri dengan Australia tatkala Indonesia juga memiliki kekuatan yang sama bahkan lebih.

“Bahkan, Indonesia boleh seri dengan Malaysia dan mendominasi pertandingan,” ujar kenyataan laman CNN Indonesia.

Laman itu melihat bahawa pertemuan Australia bertemu Malaysia tidak menyajukan ancaman yang cukup dahsyat, sekali gus yakin dengan kemampuan skuad muda Indonesia pada aksi terakhir ini.

Indonesia berada posisi terbaik ketika ini selepas menduduki tangga teratas kumpulan dengan empat mata – terikat dengan Australia dengan Malaysia mengumpul dua mata, masing-masing berbaki satu perlawanan.