Gary Neville Membebel, Minta Kelab Jangan Tangguh Perlawanan Disebabkan Virus
EPL
Twitter @GNev2
Advertisements

Situasi Covid-19 di beberapa kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) memaksa perlawanan-perlawanan mereka ditangguhkan. Setakat ini, 15 perlawanan EPL ditangguhkan bulan ini. Terbaru, perlawanan Everton-Newcastle terpaksa ditangguhkan atas permintaan Magpies berikutan berdepan masalah kekurangan pemain akibat Covid dan masalah kecederaan.

Mengikut peraturan EPL, sesebuah perlawanan boleh diteruskan dengan syarat pasukan mempunyai minimum 13 orang pemain dan penjaga gol. Bagi legenda Manchester United Gary Neville, peraturan itu sepatutnya boleh dipatuhi oleh semua kelab EPL kerana mereka mempunyai ramai pemain muda dalam pasukan simpanan dan akademi. Justeru, sebarang langkah penangguhan perlawanan disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab kepada semua pemegang taruh bola sepak.

Luahan penganalisis Sky Sports Football itu dibuat dalam satu ciapan di Twitter. Ia merupakan komen kepada ciapan rakan pengacara dari Talksport, Adrian Durham berkenaan peraturan Covid Liga Bola Sepak Inggeris (EFL).

Advertisements

Tambahnya dalam ciapan yang sama, “Kita sudah lihat dalam EPL, kelab-kelab yang memohon penangguhan perlawanan kemudiannya tampil dengan kesebalasan utama yang hampir mantap. Sudah tiba masanya perlawanan diteruskan dan pemain-pemain muda diberi peluang membarisi kesebelasan utama.”

Sejak ciapan tersebut dimuat naik ke Twitter, kenyataan Neville diulangciap sebanyak 600 kali dan disukai oleh 7,000 pengguna. Walaupun ada pengguna memberi komen negatif terhadap kenyataan bekas bek kanan era Sir Alex Ferguson itu, majoriti pengguna menyokong kenyataan beliau.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram